
EJAKULASI pramatang lebih popular diungkapkan sebagai PE (Premature Ejaculation) sahaja. Tidak seperti ED yang lebih banyak ditemui di kalangan veteran. PE merupakan aduan disfungsi seksual paling utama terutamanya di kalangan lelaki muda berusia 40 tahun ke bawah.
Malah, lebih ramai lelaki berpelajaran tinggi yang menghidapinya. Lebih menyedihkan, ia turut menjejaskan potensi pasangan untuk mendapat zuriat.
Mari kita lihat apa masalah sebenarnya dengan gangguan kesihatan lelaki yang satu ini.
"SUAMI saya mempunyai banyak persamaan dengan superman... kedua-duanya begitu cepat. Malah, ia selalunya berlaku sebelum pun sempat saya memasuki bilik tidur".
"KADANGKALA, dengan hanya mencakar belakang saya, dia sudah mencapai klimaksnya. Ada ketikanya saya merasakan seperti bank sperma sahaja, dia buat deposit dan pergi begitu sahaja".
"PERNAH tengok arnab berlari? Mula dan Tamat! Macam tulah".
"SAYA pernah menyuarakan untuk menemaninya berjumpa doktor, ada sesuatu yang boleh dilakukan berkenaan dengannya. Tetapi dia enggan dan hanya tahu meminta maaf serta mengulangi janjinya untuk berusaha lebih di lain masa", begitulah lebih kurang kehampaan seorang isteri yang mana suaminya bermasalah PE.
Walaupun sesetengah orang menganggap hubungan kelamin bukanlah elemen terpenting dalam menjamin sesebuah perkahwinan tetapi hakikatnya, ia tetap PENTING!!!
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah badan bebas ke atas wanita di negara-negara membangun dan beberapa negara maju di seluruh dunia, statistik mendedahkan bahawa:
Hanya 30% (sebelumya 42%) responden wanita yang dapat mencapai kepuasan berasmara ketika melakukan hubungan kelamin.
Jangkamasa purata untuk mencapai kepuasan berasmara : Sekitar 20 minit (sedangkan ramai lelaki yang mencapai puncak klimaks dalam masa tidak sampai 5 minit!!!)
Oleh : SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
(Petikan Ruangan Kesihatan MINGGUAN MALAYSIA bertarikh 22 MEI 2005)